Business Insider hari ini telah melaporkan yang Microsoft telah membuang sejumlah pekerja yang dikatakan kurang daripada seribu daripada pelbagai bahagian perniagaan mereka. Berdasarkan perkongsian di media sosial, ia juga melibatkan bahagian permainan video.

Antara yang terkesan adalah Studio Alpha, iaitu studio yang ditubuhkan oleh Microsoft pada tahun 2020 untuk menggabungkan teknologi awan mereka iaitu Azure dengan permainan video yang memfokuskan kepada simulasi peperangan. Projek ini adalah khusus untuk penggunaan tentera berbanding penggunaan secara umum.

Microsoft buat masa ini tidak berkongsi jumlah serta bahagian yang terkesan dengan pembuangan pekerjaan ini, akan tetapi mengatakan yang mereka sentiasa menilai semula keutamaan dan akan membuatkan perubahan struktur dari semasa ke semasa. Mereka juga mengatakan akan terus melabur di dalam bahagian lain dan akan menambah pekerja di bahagian-bahagian yang sepatutnya.

Sohor Kini