Mojang Studios ketika acara Minecraft Live 2022 telah memperlihatkan secara lanjut mengenai Minecraft Legends, iaitu permainan baharu di dalam dunia Minecraft yang diumumkan pada bulan Jun lepas. Ia adalah permainan aksi strategi dan anda boleh tonton video penuh di bawah.

Sebagai satu permainan aksi strategi, pemain boleh menggunakan pelbagai watak untuk menyerang kawasan-kawasan penjahat yang menjajah Overworld. Sebagai satu permainan Minecraft, pembinaan masih disertakan tetapi dengan lebih ringkas.

Selain berkongsi tatamain, mereka juga telah mengumumkan yang Minecraft Legends akan dikeluarkan pada suku kedua tahun 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Mereka juga berkongsi treler baharu yang menggunakan adegan di dalam permainan.

Sohor Kini