David Grivel iaitu Pengarah Permainan di Ubisoft Toronto telah mengumumkan di LinkedIn yang beliau akan meninggalkan Ubisoft selepas 11 tahun bersama dengan studio permainan tersebut (dilaporkan terlebih dahulu oleh VGC). Buat masa ini, beliau tidak mengumumkan apa seterusnya.

Bersama dengan Ubisoft, David Grivel telah terlibat dengan permainan seperti Ghost Recon: Future Soldier, Splinter Cell: Blacklist, Assassin’s Creed Unity, Far Cry Primal, Far Cry 5 dan Far Cry 6. Terbaru adalah Splinter Cell Remake yang diumumkan pada akhir tahun lepas.

Dengan pengumuman terbaru ini, boleh dikatakan yang Ubisoft perlu mencari pengarah baharu untuk Splinter Cell Remake yang sebelum ini diumumkan menggunakan enjin permainan mereka sendiri iaitu Snowdrop yang turut digunakan oleh permainan seperti Avatar: Frontiers of Pandora dan permainan Star Wars akan datang mereka.

Ubisoft setakat ini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembangunan Splinter Cell Remake.

Sohor Kini