Konami hari ini telah mengumumkan yang mereka akan berkongsi perkara terbaru mengenai IP Silent Hill melalui satu penstriman khas. Ia akan berlangsung pada 20 Oktober 2022, 5 pagi waktu tempatan. Buat masa ini mereka tidak mengesahkan apa yang akan diumumkan.

Namun, antara pengumuman yang berkemungkinan besar dilakukan adalah Silent Hill: The Short Message iaitu permainan yang telah tersenarai di Agensi Penarafan Korea Selatan sebagai permainan baharu oleh Konami.

Permainan utama terakhir yang dikeluarkan adalah Silent Hill: Downpour pada tahun 2012, dan selepas itu ia terdapat pelbagai projek yang dibatalkan termasuk juga yang dibangunkan oleh Hideo Kojima yang juga menerima demo P.T.

Sohor Kini