Streamline Studios telah mengumumkan dua pengarah baharu untuk studio mereka iaitu Yea-Ji Oh yang menjadi Pengarah Bahagian dan Lalitha Krishnan sebagai Pengarah Operasi Studio. Kedua-dua mereka sebelum ini memegang jawatan kanan di dalam Streamline Studio.

Yea-Ji Oh menyertai Streamline Studio sebagai Pengurus Projek pada tahun 2015, sebelum menjadi Pengurus Besar untuk Allpixels dan juga DAYZERO iaitu dua studio di bawah Streamline Studio sebelum memegang jawatan baharu ini,

Lalitha Krishnan juga menyertai Streamline Studio pada tahun 2015, sebagai Pembantu Operasi dan memegang pelbagai jawatan selepas itu termasuk juga Ketua Sumber Manusia untuk setahun sebelum memegang jawatan baharu ini sejak bulan September lepas.

Streamline Studios juga mengatakan yang dua pengarah baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengetengahkan wanita dan juga diversity di dalam industri permainan video.

Sohor Kini