Walaupun dengan pelbagai masalah di hadapi oleh Overwatch 2 semasa pelancaran, akan tetapi ia masih lagi boleh dikatakan sebagai satu pelancaran yang berjaya dengan Blizzard mengumumkan permainan tersebut mencatat 25 juta pemain selepas 10 hari dilancarkan.

Dilancarkan sebagai permainan percuma untuk dimainkan sudah semestinya membantu untuk menjadikan ia satu permainan popular, namun perkara utama sekarang adalah mengekalkan pemain untuk terus bermain, terutama dengan sistem ekonomi baharu yang digunakan seperti battle pass.

Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini