Pencarian pasukan Mobile Legends: Bang Bang terbaik di Malaysia berakhir dengan kejuaraan akhir untuk MPL Malaysia Musim 10 yang berlangsung semalam. Ia memperlihatkan Team HAQ menjadi juara selepas mengalahkan Todak dengan skor 4-2.

Team HAQ melayakkan diri ke peringkat kalah mati selepas berada di kedudukan kedua di peringkat liga, akan tetapi diturunkan ke Lower Bracket selepas tewas kepada Orange Esports di peringkat Separuh Akhir Upper Bracket.

Mereka kemudiannya mengalah RED Esports MY, RSG Malaysia dan membalas dendam terhadap Orange Esports untuk melayakkan diri ke Peringkat Akhir.

Manakala TODAK bermain dengan cemerlang, berada di kedudukan pertama di Peringkat Liga, memenangi kesemua perlawanan di peringkat kalah mati, akan tetapi gagal untuk memenangi peringkat yang paling penting iaitu Peringkat Akhir.

Selaku juara Team HAQ membawa pulang hadiah tunai $25 ribu, bersama dengan slot ke M4, menemani mereka adalah TODAK yang berada di tempat kedua selain membawa pulang hadiah tunai $12 ribu.

M4 World Championship akan berlangsung pada awal Januari depan di Jakarta, Indonesia, dengan tiket sudah mula dijual bagi yang ingin memberikan sokongan kepada Team HAQ dan juga TODAK.

Sohor Kini