The Hollywood Reporter telah melaporkan yang agensi untuk pelakon Robbie Coltrane telah mengatakan beliau meninggal dunia hari ini, beliau berumur 72 tahun. Beliau dikatakan meninggal dunia di hospital di Falkirk, Scotland.

Robbie Coltrane terlibat dengan pelbagai filem dan juga siri TV dan dikenali ramai sebagai Rubeus Hagrid di dalam siri filem Harry Potter yang membawa watak tersebut dari filem pertama sehinggalah filem terakhir yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Sebagai Hagrid, iaitu watak yang menjaga kesemua pelajar Hogwarts, beliau sudah semestinya antara watak popular di kalangan peminat.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Robbie Coltrane.

Sohor Kini