Triangle Strategy Kini Dilancarkan Untuk PC Melalui Steam

Square Enix telah membawa secara rasmi permainan strategi mereka iaitu Triangle Strategy ke PC selepas dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada bulan Mac lepas, bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Ia ditawarkan di Steam dengan harga RM239.

Triangle Strategy dibangunkan oleh pasukan yang membangunkan Octopath Traveler, oleh itu ia membawa grafik yang sama iaitu HD-2D tetapi dengan tatamain yang berbeza iaitu permainan strategi berbanding gaya JRPG yang klasik.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Serenoa Wolffort iaitu pewaris kepada satu kerajaan, berdasarkan pilihan oleh pemain ia akan mengubah apa yang berlaku di dalam penceritaan untuk permainan ini melalui sistem “utility”, “morality” dan “liberty”.

Sohor Kini