Tiket Untuk Kejohanan M4 World Championship Kini Boleh Dibeli

Moonton hari ini telah membuka penjualan tiket untuk kejohanan terbesar Mobile Legends: Bang Bang iaitu M4 World Championship yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada bulan Januari ini. Mereka menawarkan potongan harga sehingga 20% bagi pembelian awal secara dalam talian dan 30% jika dibeli secara fizikal ketika Peringkat Kalah Mati untuk MPL ID Musim 10.

Bagi M4 World Championship yang akan memperlihatkan pasukan-pasukan terbaik Mobile Legends bertempur, ia akan berlangsung di XO Hall untuk peringkat kumpulan bermula pada 1 sehingga 4 Januari dengan harga tiket adalah biasa adalah IDR 30,000 (~RM9).

Manakala untuk Pusingan Kalah Mati ia akan dianjurkan di Istora Senayan dan dibahagikan kepada tiga susanan kerusi iaitu Epic, Legend dan Mythic dengan harga juga mengikut hari minggu ataupun hujung minggu dan juga Peringkat Akhir.

Anda boleh layari laman Blibli untuk maklumat lanjut dan juga melakukan pembelian.

Sohor Kini