Sony Centre Mid Valley Megamall sekali lagi telah membuka pendaftaran minat bagi pembelian untuk PlayStation 5. Pendaftaran minat boleh dilakukan melalui sebuah borang khas, dan ia akan ditutup pada 16 Oktober 2022 kelak.

Untuk makluman, pendaftaran ini telah dibuka beberapa kali sebelum ini, dan pemilihan pelanggan yang boleh melakukan pembelian adalah secara rawak. Jika tidak berjaya, ia tidak akan dibawa ke sesi seterusnya, akan tetapi anda perlu mengisi sekali lagi.

Apa pun, bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat hari ini, dan mendapatkannya pada harga bermula RM2499, mereka juga menawarkan berkas bersama dengan permainan Horizon Forbidden West yang ditawarkan dengan harga RM2719.

Sohor Kini