SNK Corporation telah mengumumkan penganjuran kejohanan rasmi The King of Fighters XV untuk beberapa negara atau benua, termasuk juga Asia Tenggara. Bagi kejohanan untuk Asia Tenggara ia akan berlangsung pada 5 November ini, dengan pendaftaran dibuka bermula sekarang.

Kejohanan ini terbuka kepada pemain dari Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Vietnam dengan sesi permainan akan menggunakan versi PC melalui Steam. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.

Hadiah terkumpul untuk kejohanan adalah bergantung kepada jumlah pemain yang menyertai dan juga jumlah dana yang dikumpul melalui sistem biayasama di Matcherino. Tidak mengambil kira dana daripada biayasama, hadiah terkumpul adalah $4000 untuk penyertaan di bawah 99 pemain, $6000 untuk 199 di bawah dan $8000 jika mempunyai lebih 200 pemain.

Baca: Ulasan The King of Fighters XV – Mudah Untuk Belajar, Sukar Untuk Mahir.

Sohor Kini