Riot Games sebelum ini telah mengacahkan yang bersama dengan musim baharu untuk Valorant iaitu “Episode 5, Act 3”, mereka akan menyertakan ejen baharu iaitu Harbor. Ejen di dalam kelas controller yang berasal dari India.

Hari ini, Riot Games telah berkongsi lanjut mengenainya dan anda boleh tonton video tatamain di bawah.

Melalui alat yang Harbor peroleh daripada video pengenalan sebelum ini, dia mempunyai keupayaan untuk mengawal air yang digunakan sebagai penghadang dan juga perisai. Kebolehan Harbor adalah seperti berikut;

  • E: High Tide – Harbor akan membentuk dinding air dan pemain boleh mengawalnya dengan tidak melepaskan butang FIRE. Pemain juga boleh menekan ALT Fire untuk menghentikan dinding air dengan lebih cepat. Pemain yang terkena dinding air ini akan jadi perlahan buat sementara waktu.
  • Q: Cove – Harbor akan membaling perisai air untuk melindungi rakan ataupun diri sendiri yang akan menghalang peluru buat sementara waktu.
  • C: Cascade – Harbor boleh menembak ombak air yang boleh menembus dinding, pemain yang terkena akan jadi perlahan.
  • X: Reckoning – Harbor akan mengeluarkan pancutan air panas, setiap pemain lawan yang terkena akan menerima status CONCUSSED.

Harbor bersama dengan musim baharu ini akan bermula pada 18 Oktober 2022.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini