Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Untuk PC Tiba November Ini

PlayStation Studios telah mengumumkan yang Marvel’s Spider-Man: Miles Morales untuk PC akan dikeluarkan pada 18 November 2022 dan boleh didapatkan melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales merupakan permainan susulan kepada Marvel’s Spider-Man yang juga telah dikeluarkan untuk PC dan anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan Marvel’s Spider-man Remastered (PC) – Masih Lagi Permainan Adiwira Terbaik.

Versi PC ini juga akan dibangunkan oleh Nixxes Software yang juga bertanggungjawab untuk Marvel’s Spider-Man Remastered sebelum ini dan membawa fungsi yang sama antaranya menyokong paparan ultra-lebar, kadar kelancaran tanpa had dan bagi pemilik siri kad grafik baharu iaitu RTX 40, ia juga menyokong DLSS 3.

Berikut adalah antara spesifikasi yang dicadangkan;

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales boleh dimainkan sepenuhnya menggunakan papan kekunci dan tetikus, ia juga menyokong DualSense seperti picu penyesuai dan juga getaran haptik. Ia sudah boleh di pra-tempah di Epic Games Store dengan harga RM209, manakala di Steam akan dibuka tidak lama lagi.

Sohor Kini