Steam Mobile Dikemaskini Dengan Antaramuka Dan Fungsi Baharu

Valve hari ini telah melancarkan kemaskini untuk aplikasi Steam di iOS dan Android yang telah menerima rekaan antaramuka dan juga pelbagai fungsi baharu. Aplikasi ini sudah boleh dimuat turun, dan mereka juga berkongsi video ringkas untuk memperlihatkan apa yang baharu.

Aplikasi ini telah dikemaskini untuk menawarkan antaramuka yang lebih menyerupai antaramuka versi Web ataupun versi Dekstop bagi memberikan pengalaman yang konsisten. Antara fungsi baharu yang disertakan pula adalah pengguna boleh log masuk Steam menggunakan kod QR daripada aplikasi ini.

Selain aplikasi Steam, Valve juga mengemaskini aplikasi Steam Chat dan juga Steam Link. Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut dan juga muat turun.

Sohor Kini