Square Enix telah mengumumkan yang Final Fantasy VII: The First Soldier iaitu permainan battle royale berdasarkan IP popular tersebut akan ditutup bermula pada 11 Januari 2023 walaupun permainan ini baru dilancarkan pada November lepas.

Mereka mengatakan yang walaupun telah menawarkan kemaskini untuk permainan ini, akan tetapi mereka gagal untuk menawarkan pengalaman yang seperti diinginkan. Mereka juga berterima kasih kepada semua pemain yang menyokong permainan ini.

Bermula hari ini, sebarang pembelian di dalam aplikasi tidak lagi ditawarkan, manakala pemain yang masih memiliki Shinra Credits, boleh menggunakannya sehingga ia ditutup secara penuh pada 11 Januari kelak.

Dengan permainan ini masih lagi dibuka untuk tiga bulan lagi, Square Enix juga mengatakan yang kandungan baharu akan terus tiba dan mengharapkan pemain terus bermain sehinggalah ia ditutup.

Final Fantasy VII: The First Soldier dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini