Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog permainan bagi pelanggan PlayStation Plus Extra dan juga Deluxe bulan ini. Ia kali ini menyertakan sebilangan permainan Assassin’s Creed seperti Odyssey dan juga Chronicles. Selain itu, turut disertakan adalah permainan Dragon Quest seperti Dragon Quest XI S dan juga Builder.’

Berikut adalah permainan yang akan disertakan bagi pelanggan Extra dan Deluxe bermula pada 18 Oktober ini;

  • Grand Theft Auto: Vice City – The Definitive Edition
  • Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age
  • Assassin’s Creed Odyssey
  • Dragon Quest Builders
  • Dragon Quest Builders 2
  • Dragon Quest Heroes: The World Tree’s Woe and the Blight Below
  • Dragon Quest Heroes II: Explorer’s Edition
  • Inside
  • The Medium
  • Naruto to Boruto: Shinobi Striker
  • Assassin’s Creed Chronicles: China
  • Assassin’s Creed Chronicles: India
  • Assassin’s Creed Chronicles: Russia
  • Assassin’s Creed III Remastered
  • Assassin’s Creed Syndicate
  • Hohokum

Manakala bagi pelanggan PlayStation Plus Deluxe yang turut menerima katalog permainan klasik, berikut adalah permainan yang disertakan;

  • Yakuza 3 Remastered
  • Yakuza 4 Remastered
  • Yakuza 5 Remastered
  • Limbo
  • Ultra Street Fighter IV
  • Castlevania: Lords of Shadow
  • Everyday Shooter

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Sohor Kini