EA telah mengumumkan yang permainan FIFA 23 telah mencatat sejarah sebagai permainan dengan jumlah pemain teramai di dalam sejarah francais tersebut untuk minggu yang pertama iaitu 10.3 juta pemain dicatatkan.

FIFA 23 meneruskan kejayaan yang dibawa oleh FIFA 22 sebelum ini yang secara sendirinya memecah pelbagai rekod. Sebagai permainan terakhir yang akan menggunakan jenama FIFA, sekurang-kurangnya permainan simulasi bola sepak oleh EA, ia sudah semestinya satu pengakhiran yang baik.

Dengan EA Sports FC akan dikeluarkan pada tahun depan, sebagai “permulaan” baharu, ia sudah semestinya menarik untuk melihat jika ia juga akan meneruskan kejayaan ini. Kami juga telah mengeluarkan ulasan untuk FIFA 23 dan anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan FIFA 23 – Beralih Ke Generasi Baharu.

FIFA 23 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini