Studio Kembara hari ini telah menandatangani kerjasama persefahaman strategi (MOU) bersama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Multimedia University (MMU) dan juga Tarbiah Sentap di dalam usaha mereka untuk mempelbagaikan lagi kandungan-kandungan hiburan yang bermanfaat.

Bersama dengan UiTM dan MMU mereka akan bekerjasama bersama dengan pelbagai fakulti yang berkait dengan kandungan hiburan, ini termasuklah produksi filem, penulisan kreatif dan juga animasi. Manakala bersama dengan Tarbiah Sentap mereka menyasarkan untuk mengembangkan semula genre lagu-lagu keagamaan ataupun Nasyid.

Buat masa ini, mereka masih di peringkat awal perancangan dengan projek-projek baharu akan diumumkan dari semasa ke semasa. Menjawab jika projek seterusnya oleh mereka hanya akan melibatkan tiga pihak ini sahaja, Studio Kembara mengatakan yang mereka sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Studio Kembara mula dikenali selepas filem mereka iaitu Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia dengan kutipan mencecah RM100 juta dan juga menjadi filem popular di Netflix.

Sohor Kini