Riot Games akhirnya telah memperlihatkan secara rasmi ejen baharu untuk permainan Valorant, iaitu Harbor yang merupakan ejen berasal dari India. Anda boleh tonton video pengenalan untuknya di bawah yang juga memperlihatkan bagaimana dia mendapat ‘kuasa’.
Harbor merupakan ejen di dalam kelas Controller, menyertai Brimstone yang juga hadir di dalam treler di atas, Viper, Omen dan Astra. Kebolehan Harbor masih tidak diumumkan, namun berdasarkan treler dia mempunyai kebolehan untuk mengawal air yang boleh menghasilkan pelindung dan juga menyerang lawan.
Harbor dijangka akan tiba bersama dengan musim baharu untuk Valorant iaitu Episode 5 Act 3 yang bermula pada 18 Oktober 2022.
Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.