Permainan The Medium Akan Dijadikan Sebagai Siri TV

Bloober Team telah mengumumkan kerjasama dengan Platige Image iaitu syarikat produksi 3D dan animasi untuk hadir dengan siri TV aksi nyata berdasarkan permainan seram mereka iaitu The Medium.

The Medium dikeluarkan pada tahun 2021 untuk Xbox Series dan PC sebelum turut dikeluarkan untuk PlayStation 5. Ia memfokuskan kepada Marianne yang mempunyai kebolehan untuk memasuki dan melihat dunia ghaib.

Kami pernah mengeluarkan ulasan untuk permainan ini yang anda boleh baca di pautan berikut; Ulasan The Medium – Permainan Sempurna Untuk Xbox Game Pass.

Siri TV ini akan menerima Tomasz Bagińsk sebagai Penyelia Kreatif, beliau merupakan pengarah yang pernah menerima pencalonan Oscar melalui filem pendek animasi “The Cathedral”, yang turut dihasilkan oleh Platige Image. Tomasz Bagińsk juga merupakan Penerbit Eksekutif untuk siri Netflix The Witcher.

Bloober Team juga telah mengatakan kejayaan yang diperlihatkan oleh dua siri Netflix iaitu Cyberpunk: Edgerunners dan Arcane sebagai inspirasi untuk siri The Medium ini.

Sohor Kini