Blizzard hari ini telah mengeluarkan kenyataan yang antaranya meminta maaf kepada pemain yang terpaksa melalui pelbagai masalah untuk mengakses Overwatch 2 semasa pelancaran, dengan masalah-masalah tersebut ada yang lagi berlaku sehingga sekarang.

Di dalam kenyataan tersebut, mereka menegaskan akan terus memperbaiki permainan tersebut dan memastikan ia boleh diakses dengan baik. Mereka juga berkongsi satu laman yang akan memperlihatkan segala masalah yang sedang diperbaiki.

Selain itu, mereka juga mengatakan yang sangat berbesar hati dengan sambutan yang telah diterima dan menjanjikan pengalaman yang lebih baik selepas ini. Mereka mengumumkan yang acara masa terhad Double Match XP akan dianjurkan tidak lama lagi, akan tetapi tarikh akan diumumkan kemudian.

Blizzard turut mengumumkan yang kostum Cursed Captain Reaper dan Health Pack Weapon Charm, akan diberikan kepada semua pemain yang memasuki permainan tersebut dari 25 Oktober sehingga berakhirnya musim pertama.

Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini