Kejohanan Free Fire MCPS Major Musim 4 yang melibatkan pasukan-pasukan dari Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka telah berakhir dengan memperlihatkan pasukan dari Malaysia mendominasi kedudukan lima terbaik akan tetapi pemenang keseluruhan adalah AV Radicals dari Filipina.

Selaku juara AV Radicals membawa pulang hadiah tunai $26,500 dan juga slot ke Free Fire World Series 2022 yang akan berlangsung di Bangkok pada bulan November ini.

Manakala di tempat kedua adalah Expand dari Malaysia yang membawa pulang hadiah tunai $14,500 dan juga slot untuk ke pusingan kelayakan bagi Free Fire World Series 2022.

Di tempat ketiga sehingga kelima adalah Farang Esports, Geek Fam dan juga Todak yang masing-masing membawa pulang hadiah tunai $6300, $3450 dan $3000.

Sohor Kini