Cartoon Network dan HBO GO telah mengumumkan Batwheels secara rasminya akan dibawa ke skrin televisyen bermula Ahad, 16 Oktober. Siri ini akan ditayangkan buat pertama kali di blok prasekolah Cartoonito di Cartoon Network (Astro, Saluran 615) pada hujung minggu, jam 9 malam dan distrim pada hari yang sama di hab Cartoonito di HBO GO.

Batwheels memfokuskan kepada watak kenderaan yang digunakan oleh adiwira iaitu Bam (Batmobile), Bibi (Batgirl Cycle), Redbird (kereta lumba Robin), Buff (Bat-Truck), dan Batwing (Batplane) — sambil mereka membantu Batman, Batgirl dan Robin menjaga keselamatan jalan raya di Gotham City

Antara pelakon suara yang terlibat adalah Ethan Hawke (sebagai Bruce Wayne/Batman), AJ Hudson (sebagai Duke Thomas/Robin), Leah Lewis (sebagai Cassandra Cain/Batgirl), Jacob Bertrand (sebagai Bam), Jordan Reed (sebagai Redbird), Madigan Kacmar (sebagai Bibi), Noah Bentley (sebagai Buff), Lilimar (sebagai Batwing), Kimberly D. Brooks (sebagai The Batcomputer), Mick Wingert (sebagai Moe dan The Joker), Xolo Maridueña (sebagai Snowy) dan Gina Rodriguez (sebagai Catwoman).

Selain menawarkan siri ini, ia juga hadir dengan pelbagai kandungan mengajar yang boleh diakses oleh kanak-kanak, antaranya adalah pengalaman interaktif Batwheels dengan permainan dalam talian ‘Batwheels By You’ di laman web Cartoon Network Asia.

Anda boleh melanggan HBO GO secara dalam talian di  https://www.hbogoasia.my/ atau melalui aplikasi mobile di App Store atau Play Store pada harga serendah RM23.30/sebulan. Atau mengakses HBO GO  melalui Astro. 

HBO GO  juga tersedia di TV Android, TV Apple,  TV LG dan TV Pintar Samsung – yang dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan  Google Cast.

Sohor Kini