The Gaming Company (TGC) bersama dengan Prime Sports International (PSI) telah mengumumkan yang mereka kembali menganjurkan University e-League (UeL) bagi tahun ini, ia merupakan musim ketiga untuk kejohanan esukan melibatkan pelajar-pelajar universiti tersebut.

Bagi kejohanan kali ini mereka menyasarkan untuk melibatkan lebih 2500 pelajar universiti yang akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul RM20 ribu melibatkan empat permainan iaitu FIFA 22, Valorant, Mobile Legends: Bang Bang dan juga PUBG Mobile.

Pendaftaran sudah dibuka dengan pusingan kelayakan akan bermula pada bulan ini mengikut permainan-permainan seperti berikut;

Pendaftaran akan ditutup pada 23 Oktober dan ia terbuka kepada pelajar Universiti Swasta dan juga Universiti Awam. Bagi yang sudah menamatkan pelajaran pada Januari 2021 sehingga Januari 2022 juga boleh mendaftar.

Pendaftaran boleh dilakukan di pautan berikut; https://universityeleague.com/

Sohor Kini