PUBG Mobile bersama dengan MONSTA hari ini telah menganjurkan sidang media untuk melancarakan secara rasmi acara kolaborasi di antara permainan battle royale PUBG Mobile bersama dengan siri Boboiboy mereka.

Acara kolaborasi ini bermula secara rasmi sejak dari semalam di beberapa negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar, Taiwan, dan Hong Kong. Ia akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu, Fasa Pertama bermula pada 10 Oktober sehingga 31 Oktober 2022 dan Fasa Kedua pada Januari 2023.

Bagi Fasa Pertama, pemain berpeluang untuk bermain acara masa terhad iaitu BoBoiBoy Elemental Rush di mana pemain boleh mengumpul 7 elemen teras untuk menebus barangan eksklusif seperti beg galas, helmet, payung terjun, rantai kunci, penyembur dan juga bingkai avatar untuk digunakan di dalam permainan.

Manakala bagi Fasa Kedua, PUBG Mobile akan menerima dua kostum eksklusif yang mengambil rekaan berdasarkan watak BoBoiBoy dan juga Fang. Selain itu, MONSTA dan PUBG Mobile juga akan menganjurkan pencarian pelakon suara untuk kedua-dua kostum tersebut.

Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pek suara daripada pelakon suara asal yang akan tiba di dalam permainan sekitar tahun 2023.

Bersempena dengan acara kolaborasi ini, PUBG Mobile x BoBoiBoy juga akan ‘takeover’ Menara TS Law untuk memperlihatkan dengan gah kolaborasi ini. Anda boleh tontonnya bermula pada 17 Oktober sehingga 31 Oktober.

Sohor Kini