PlayStation Studios dan Santa Monica Studio telah mengumumkan yang permainan God of War Ragnarok kini siap dibangunkan dan bersedia untuk dilancarkan pada 9 November 2022 di PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Di dalam kenyataan yang sama, mereka juga berterima kasih kepada semua studio-studio lain yang terlibat dengan pembangunan seperti Valkyrie Entertainment, Bluepoint Games, Red Hot, Super Alloy, Jetpack, Supergenius dan Original Force.

God of War Ragnarok adalah permaianan susulan kepada God of War yang dikeluarkan pada tahun 2018, yang merupakan olahan semula/susulan kepada siri God of War yang bermula sejak tahun 2005 lagi.

Sohor Kini