Pada pembentangan bajet baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan RM13 juta untuk pembangunan esukan, dan sejak pertama kali disertakan pada bajet 2019, setakat ini esukan telah menerima lebih RM60 juta.

Namun, Mohamad Nazri Abdul Latiff iaitu Setiausah Agung Persekutuan, Sukan Elektronik Malaysia (MESF) melalui kenyataan yang diberika kepada Bernama mengatakan yang pencapaian esukan negara dalam konteks pembangunannya tidak setanding dengan peruntukan mencecah RM60 juta yang telah diberikan kerajaan.

Selain itu, Presiden MESF iaitu Datuk Ananth S. Nathan juga menggesa untuk semua pihak menguruskan dana yang diberikan untuk esukan dengan baik, selain turut mengatakan yang walaupun MESF badan induk yang mengelola pembangunan esukan tidak pernah menerima atau berpeluang menggunakan peruntukan belanjawan tersebut.

Seperti tahun ini, dan juga tahun-tahun yang lepas, peruntukan untuk esukan ini disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Sohor Kini