Pada tahun 2020, People Can Fly iaitu pembangun untuk Outriders dan juga siri Bulletstorm telah mengumumkan projek baharu oleh mereka yang dikatakan sebagai “permainan berkelaskan AAA buat konsol generasi terkini, platform penstriman dan juga di PC.”

Permainan tersebut yang buat masa ini dikenali sebagai Project Dagger telah dibangunkan sejak 2 tahun lepas oleh People Can Fly New York dan menerima suntikan dana daripada Take-Two selaku penerbit. Namun, baru-baru ini People Can Fly telah mengumumkan yang Take-Two telah menghantar surat hajat untuk membatalkan perjanjian penerbitan bagi permainan tersebut.

Pembatalan ini juga dikatakan berlaku dengan persefahaman di antara dua pihak, di mana pembayaran balik untuk dana yang telah diberikan oleh Take-Two perlu dibayar balik mengikut bagaimana permainan ini akan diterbitkan kelak, sama ada secara sendiri ataupun menerima penerbit baharu.

Mereka juga mengatakan yang Take-Two tidak menyatakan keinginan untuk mengambil-alih IP permainan ini yang secara langsung mengekalkan IP tersebut di bawah People Can Fly di mana mereka komited untuk terus membangunkan permainan ini walaupun secara sendiri.

Take-Two yang yang juga syarikat induk untuk studio terkenal seperti Rockstar dan pihak People Can Fly sendiri buat masa ini tidak berkongsi sebab utama penarikan diri ini.

Sohor Kini