HBO telah mengumumkan yang musim ketiga untuk siri His Dark Materials yang juga akan menjadi musim terakhir akan mula disiarkan di HBO pada 5 Disember 2022. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi treler acah untuknya.

His Dark Materials merupakan siri TV yang mengadaptasi novel berjudul sama Philip Pullman. Novel ini juga sebelum ini juga pernah menjadi filem The Golden Compass tetapi projek tersebut tidak diteruskan.

Musim ketiga ini akan memfokuskan kepada penceritaan di dalam buku ketiga iaitu The Amber Spyglass dan akan meneruskan penceritaan daripada dua musim sebelum ini, di mana ramalan mengenai Lyra Belacqua menjadi subjek utama.

His Dark Material boleh ditonton melalui Astro Go ataupun HBO Go dan memerlukan langganan.

Sohor Kini