Kim Jung Gi adalah pelukis terkenal dari Korea Selatan, beliau terlibat dengan pelbagai hasil karya termasuk juga melukis manhwa dan juga komik untuk Marvel serta DC.

Beliau meninggal dunia pada 3 Oktober lepas selepas mengalami sakit dada di Perancis di dalam perjalanan untuk ke New York Comic Con. Pengumuman dilakukan melalui laman Instragram rasmi beliau.

Selain manhwa dan komik, beliau lebih dikenali sebagai pelukis yang melakukan lukisan di hadapan penonton dan boleh melukis persekitaran yang padat tanpa memerlukan sebarang rujukan.

Antara yang telah memperingati Kim Jung Gi adalah Marvel, yang berkongsi satu ciapan memperlihatkan karyanya untuk mereka.

Sohor Kini