Tencent telah dilaporkan mengubah strategi pengambil-alihan dan pembelian pegangan mereka untuk memfokuskan kepada pegangan majoriti di dalam studio-studio permainan video luar China. Strategi baharu ini dikatakan untuk menampung pengurangan pengembangan di pasaran China.

Mereka sebelum ini telah melakukan pelbagai pelaburan di dalam industri permainan video akan tetapi ia kebanyakannya sekadar pemegangan minoriti sahaja yang tidak boleh membawa keuntungan yang besar walaupun andai kata studio tersebut berjaya.

Antara pengambil-alihan terbaru oleh mereka adalah Ubisoft, walaupun secara rasminya mereka bukanlah pemegang saham terbesar di dalam studio dari Perancis tersebut akan tetapi mereka menjadi pemegang terbesar untuk Guillemot Brothers Ltd yang merupakan memiliki pegangan terbesar bagi Ubisoft.

Mereka sebelum ini juga telah menjadi pemegang terbesar untuk Sumo Digital dan juga Studio Tequila Works.

Sohor Kini