Savvy Games Group iaitu organisasi pelaburan yang dibentuk oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi telah berkongsi perancangan mereka untuk menjadi negara Arab Saudi sebagai hab global bagi industri permainan video dan juga esukan menjelang tahun 2030.

Di dalam perancangan tersebut, mereka menyediakan $37.8 bilion (~RM172 bilion) dana untuk mencapai sasaran tersebut. Daripada jumlah keseluruhan tersebut $13.3 bilion (~RM61 bilion) akan digunakan untuk mengambil-alih dan juga pembangunan permainan video.

Melalui Savvy Games Group, mereka telah melakukan pelaburan terhadap pelbagai studio permainan video seperti Nintendo, Embracer Group dan juga organisasi esukan seperti ESL.

Sohor Kini