Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz ketika pengumuman Bajet 2023 telah mengumumkan pengecualian duti import dan juga cukai jualan bagi pembelian peralatan studio dan juga produksi penggambaran.

Ini adalah salah satu pengumuman yang dilakukan yang memfokuskan kepada industri filem tempatan, antara pengumuman lain yang dilakukan adalah RM50 juta untuk Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN), RM102 juta untuk Dana Kandungan Digital dan potongan cukai untuk sumbangan Tabung Komuniti Filem.

Berikut adalah teks penuh untuk pengumuman ini;

Bagi menyokong penggiat industri mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS akan diberi potongan cukai. Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran.

Sohor Kini