Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz ketika pengumuman Bajet 2023 telah mengumumkan yang potongan cukai akan diberikan kepada yang menyumbang kepada Tabung Komuniti Filem dan juga yang terlibat dengan pembangunan filem kenegaraan.

Inisiatif ini adalah untuk menyokong penggiat industri mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi dan potongan cukai diharapkan dapat menggalakkan lagi penghasilan serta sumbangan kepada industri perfileman Malaysia.

Teks penuh untuk pengumuman ini adalah seperti berikut;

Bagi menyokong penggiat industri mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS akan diberi potongan cukai. Kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran.

Sohor Kini