Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz ketika pengumuman Bajet 2023 telah mengumumkan Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) sebanyak RM50 juta untuk memacu industri kreatif tempatan.

Menjadikan filem Mat Kilau sebagai rujukan, kerajaan berharap industri perfileman tempatan untuk terus hadir dengan filem-filem kenegaraan.

Berikut adalah teks penuh:

Penerbitan filem berunsur patriotik sentiasa menambat hati rakyat. Bermula dengan karya seni Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan yang digarap hebat, hinggalah ke filem Ola Bola dan Mat Kilau, semuanya memberi impak dalam mencambahkan benih cinta rakyat kepada negara.

Kejayaan Mat Kilau dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pastinya mendorong lebih ramai pengkarya menerbitkan filem seperti ini. Maka, Kerajaan akan menyediakan 50 juta ringgit sebagai Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN) bagi memacu industri kreatif tempatan.

Sohor Kini