Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz ketika pengumuman Bajet 2023 telah mengumumkan yang Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan melakukan transformasi terhadap Urban Transformation Centre (UTC) untuk menjadi hab digital, ini adalah seperti urusan transaksi secara digital dan juga aktiviti esukan.
Berikut adalah teks penuh ucapan tersebut mengenai pengumuman ini;
Sementara itu, Kerajaan melalui MDEC akan mempelopori usaha mentransformasi UTC sebagai hab digital. Antaranya, urus niaga di UTC akan dijalankan secara tanpa tunai di samping menggalakkan pelbagai aktiviti digital seperti e-sukan dan pengekodan untuk manfaat belia setempat.