Prime Gaming telah mengumumkan senarai permainan yang ditawarkan percuma bagi pelanggan perkhidmatan mereka untuk bulan ini. Mereka menawarkan 7 permainan dan yang menarik sudah semestinya adalah Middle-Earth: Shadow of War, Fallout 76 dan Total War: Warhammer II.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang boleh ditebus sehingga akhir bulan ini, kebanyakan permainan adalah melalui Amazom Game App kecuali yang dinyatakan dan semuanya adalah untuk PC;

  • Middle-earth: Shadow of War (GOG)
  • Fallout 76 (Microsoft Store)
  • Total War: Warhammer II (Epic Games Store)
  • Hero’s Hour
  • Loom
  • Glass Masquerade: Origins (Legacy Games)
  • Horace

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan.

Selain permainan percuma setiap bulan ia juga menawarkan satu langganan percuma untuk Twitch dan Prime Video.

Sohor Kini