Seperti biasa, memasuki bulan baharu, Microsoft akan mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass pada pertengahan pertama bulan ini. Permainan-permainan yang akan tiba agak menarik dengan campuran permainan lama dan juga baru dilancarkan.

Antara permainan baharu adalah A Plaque Tale: Requiem yang merupakan permainan susulan untuk A Plague Tale: Innocence dan juga permainan first person di dalam dunia yang aneh iaitu Scorn. Bagi permainan ‘klasik’ pula adalah The Walking Dead: The Complete First Season dan The Walking Dead: Season Two.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan tiba;

  • Chivalry 2 (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Medieval Dynasty (Xbox Series) – Sudah tiba
  • The Walking Dead: The Complete First Season (PC) – Sudah tiba
  • The Walking Dead: Season Two (PC) – Sudah tiba
  • Costume Quest (Xbox, Cloud) – 11 Oktober
  • Eville (Xbox, PC) – 11 Oktober
  • Dyson Sphere Program (PC) – 13 Oktober
  • Scorn (Xbox Series, Cloud, PC) – 14 Oktober
  • A Plaque Tale: Requiem (Xbox Series, Cloud, PC) – 18 Oktober

Selain itu mereka juga mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan Game Pass pada 15 Oktober;

  • Bloodroots
  • Echo Generation
  • Into the Pit
  • Ring of Pain
  • Sable
  • The Good Life

Permainan-permainan ini boleh didapatkan di Xbox Store dengan potongan sehingga 20% untuk mendapatkannya secara terus.

Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.

Sohor Kini