Level Infinite dan pembangun Hotta Studio telah mengumumkan yang kemaskini 2.0 iaitu Vera akan dilancarkan pada 20 Oktober 2022 yang akan menyertakan dua kawasan baharu iaitu Desert Gobby dan juga Mirroria.

Kawasan baharu ini juga akan memberikan pemain pelbagai aktiviti baharu untuk dilakukan, ini termasuk juga misi, raids, dan perlawanan bos baharu. Untuk mengetahui lanjut anda boleh tonton video baharu untuknya yang juga memperlihatkan beberapa watak yang akan tiba tidak lama lagi Lin, Ruby dan Saki Fuwa.

Tower of Fantasy sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android dan juga PC. Bersama dengan versi 2.0 pada 20 Oktober ini, ia juga akan ditawarkan melalui Steam.

Sohor Kini