Setelah bertahun penantian, Blizzard akhirnya melancarkan secara rasmi Overwatch 2 pada minggu ini. Berbanding dilancarkan sebagai permainan premium, ia adalah permainan yang percuma untuk dimainkan dan disertakan dengan pelbagai ‘ekonomi’ yang sudah biasa di dalam permainan jenis ini.

Overwatch 2 dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Ia menyokong fungsi rentas platform dan juga fungsi rentas kemajuan. Namun, pelancaran ini telah menghadapi pelbagai masalah terutamanya untuk pelayan.

Pada hari pertama pelancaran lagi, Blizzard mengatakan serangan DDoS telah dilakukan terhadap pelayan mereka yang mengakibatkan kebanyakan pemain tidak dapat mengakses permainan tersebut ataupun terpaksa beratur untuk sekian lama.

Jika pemain berjaya mengaksesnya, Overwatch 2 menyertakan pelbagai pembaharuan untuk sistem ekonomi mereka, dengan sistem kotak tikam tidak lagi digunakan dan digantikan dengan pembelian terus dari kedai di dalam permainan. Battle Pass juga diperkenalkan dengan ia adalah antara cara untuk mendapat watak-watak terbaru.

Anda boleh baca lanjut di pautan ini – Overwatch 2 Tidak Lagi Menyertakan Kotak Tikam, Diganti Dengan Sistem Battle Pass.

Sohor Kini