Seperti yang diumumkan pada bulan Julai lepas, Yoodo telah menganjurkan kejohanan rasmi pertama untuk Pokemon Unite di Malaysia. Kejohanan ini telah melibatkan 53 pasukan dengan Team MYS telah menjadi juara selepas mengalahkan pasukan DUNE di peringkat akhir.

Selaku juara mereka telah membawa pulang sebahagian besar daripada hadiah terkumpul $20 ribu, selain akan selamanya menjadi pasukan pertama yang memenangi Kejohanan Terbuka Pokemon Unite Malaysia ini.

Selain bekerjasama dengan The Pokemon Company untuk kejohanan ini, Yoodo juga telah mengumumkan secara rasmi add-on untuk Pokemon Unite dengan harga promosi RM1 untuk 20GB data bagi digunakan untuk bermain permainan ini. Harga promosi ini adalah sehingga 31 Disember 2022.

Pokemon Unite sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini