Fandom Mengambil-Alih GameSpot, Metacritic, GameFAQs

Fandom iaitu laman wiki untuk kandungan permainan video dan juga budaya pop telah mengumumkan pengambil-alihan beberapa jenama daripada Red Ventures antaranya adalah GameSpot, Metacritic, TV Guide, GameFAQs, Giant Bomb, Cord Cutters News dan Comic Vine.

Mereka mengatakan pengambil-alihan ini akan mempertingkatkan lagi capaian pembaca dan juga interaksi dengan pengguna untuk memacu pertambahan pendapatan melalui pengiklanan.

Fandom sebelum ini turut mengambil-alih beberapa laman lain iaitu ScreenJunkies pada tahun 2018, Curse Media pada tahun 2019 dan Fanatical pada tahun 2023.

Sohor Kini