Apple sebelum ini telah mengumumkan struktur baharu bagi harga aplikasi dan juga pembelian di dalam aplikasi mereka untuk pengguna di beberapa negara termasuk juga Malaysia. Struktur harga baharu ini telah membuang beberapa harga yang sering digunakan sebelum ini, antaranya RM3.90, RM19.90 tidak lagi boleh digunakan.

Sebaliknya struktur harga baharu adalah seperti berikut;

Oleh itu jika mana-mana aplikasi, termasuk juga permainan dan juga pembelian di dalam aplikasi yang menggunakan harga RM3.90 ia berkemungkinan besar akan dinaikkan kepada RM4.90 manakala bagi harga RM19.90 ia mungkin diturunkan kepada RM18.90 ataupun dinaikkan kepada RM23.90 bergantung kepada pembangun.

Antara pembangun yang telah mengesahkan akan terkesan adalah Genshin Impact yang melakukan pengumuman di Hoyolab, buat masa ini mereka sekadar mengatakan yang perubahan harga akan berlaku akan tetapi ia masih tidak memperlihatkan sebarang perubahan di App Store.

Sohor Kini