Need For Speed Baharu Diperlihatkan Pada 6 Oktober Ini

EA melalui akaun Twitter rasmi Need for Speed dan juga saluran Youtube mereka telah mengumumkan pengumuman mengenai permainan Need for Speed baharu akan berlangsung pada 6 Oktober 2022. Anda boleh tontonnya di video di bawah pada tarikh tersebut.

Mereka tidak mengumumkan secara rasmi judul untuk permainan ini, akan tetapi melalui gambar yang tertiris oleh laman EA sendiri, ia mungkin akan dikenali sebagai NFS Unbound.

Pada awal tahun ini, beberapa laporan telah mengatakan yang permainan Need for Speed baharu akan tiba pada tahun ini, dan tampaknya ia adalah tepat. Bagi yang meminati siri permainan lumba kereta ini, ia sudah semestinya yang menarik.

Permainan terakhir Need for Speed adalah NFS Heat yang dikeluarkan pada tahun 2019. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini – Ulasan Need for Speed Heat – Mengembalikan Kegemilangan Francais.

Sohor Kini