CD Projekt Red tampaknya telah membuka tirai kepada projek-projek akan datang mereka dan ia sangat berbeza dengan sebelum-sebelum ini. Berbanding membangunkan satu permainan pada satu masa seperti kebiasaan bermula dengan The Witcher sehingga Cyberpunk 2077, mereka akan membangunkan 5 permainan baharu.

Melalui ciapan di Twitter, CDPR telah mengumumkan Polaris iaitu permainan The Witcher yang akan menjadi permulaan kepada trilogi baharu untuk siri ini. Selain itu, terdapat juga Canis Majoris iaitu permainan The Witcher yang akan dibangunkan oleh studio luar dan Sirius iaitu satu lagi permainan The Witcher yang akan diabgnunkan oleh The Molasses Flood, ia merupakan permainan multi-pemain.

Mereka juga telah mengumumkan Orion iaitu permainan susulan untuk Cyberpunk 2077 ia dikatakan akan mengembangkan lagi IP ini. Akhir sekali, mereka mengumumkan Hadar iaitu satu IP baharu, yang masih di peringkat awal dan tidak akan dibangunkan dalam masa terdekat. Ia adalah IP ciptaan mereka sendiri dan bukan seperti The Witcher dan juga Cyberpunk.

Buat masa ini mereka masih tidak mengumumkan sebarang tarikh sasaran, akan tetapi ia adalah satu kebiasaan untuk CDPR.

Sohor Kini