Dead Space Remake Menerima Video Tatamain

EA dan pembangun Motive telah berkongsi video tatamain pertama untuk Dead Space yang merupakan permainan olahan semula bagi siri Dead Space yang dikeluarkan pada tahun 2008. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Permainan ini akan mengekalkan penceritaan asal, akan tetapi dengan pelbagai penambahan bukan sahaja dari segi tatamain, tetapi juga dari segi penceritaan. Pemain boleh mengetahui pelbagai lagi perihal USG Ishimura, dan watak utama Issac Clarke tidak lagi akan membisu sebaliknya mempunyai monolog tersendiri.

Selain itu, permainan ini juga akan menyertakan “Peeling System” baharu yang mengembangkan lagi tatamain sebelum ini, di mana pemain boleh memilih untuk melakukan pelbagai jenis serangan sama ada untuk memperlahankan penjahat ataupun membunuh terus.

Menariknya, setiap pemain juga akan mempunyai pengalaman bermain yang berbeza melalui sistem “Intensity Director” di mana permainan ini akan secara dinamik mengubah keadaan sesuatu kawasan, serangan yang akan dilakukan dan juga halangan yang perlu dilalui.

Dead Space akan dilancarkan pada 27 Januari 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui EA App, Steam dan Epic Games Store.

Sohor Kini