Seperti yang diacahkan pada bulan September lepas, PUBG Mobile akhirnya mengumumkan yang kolaborasi bersama dengan Boboiboy akan berlangsung bermula pada 10 Oktober 2022 di beberapa negara terpilih termasuk juga Malaysia.

Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler baharu.

Kandungan yang akan pada 10 Oktober ini adalah mod permainan baharu, buat masa ini maklumat lanjut mengenai mod ini masih tidak dikongsi akan tetapi berdasarkan treler di atas, ia akan melibatkan elemen-elemen daripada Boboiboy yang akan bertaburan di sekitar peta PUBG Mobile.

Ia juga akan menyertakan kostum berdasarkan Boboiboy akan tetapi ia hanya akan tiba pada awal tahun 2023. PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini