Selepas membantu Golden State Warrior untuk menjadi juara bagi NBA pada musim lepas, Stephen Curry boleh dikatakan sebagai antara pemain terbaik di dalam NBA buat masa sekarang. Membuat satu lompatan, 2K telah mengumumkan yang Stephen Curry adalah salah seorang atliti yang boleh digunakan di dalam PGA Tour 2K23 iaitu permainan simulasi golf.

Bersama dengan dirinya sendiri, Stephen Curry juga akan mengayakan pakaian dari Under Armour seperti topi, kasut, dan juga pakaian khusus untuknya bagi baju Polo dan juga seluar. Stephen Curry akan hadir sebagai kemaskini percuma pada hari pelancaran.

Selain Curry, seorang lagi atlit besar di dalam NBA iaitu Michael Jordan juga akan disertakan sebagai atlit yang boleh digunakan tetapi ia akan ditawarkan kepada pemain yang melakukan pra-tempahan untuk edisi Standard atau Deluxe.

Bersama dengan Stehen Curry dan Michael Jordan, PGA Tour 2K23 juga menyertakan 14 atlit profesional golf yang antaranya adalah Tiger Woods sebagai atlit muka depan, Justin Thomas, Lexi Thompson, Tony Finau, Lydia ko, Collin Morikawa, Will Zalatoris dan Brooke Henderson.

PGA Tour 2K23 dilancarkan pada 11 Oktober 2022 untuk akses awal dan 14 Oktober secara umum untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Sohor Kini