Jujutsu Kaisen 0 Kini Boleh Ditonton Di Prime Video

Jujutsu Kaisen musim kedua sudah disahkan akan tiba pada tahun 2023 dengan ia akan membawa penceritaan yang penting mengenai kisah silam Gojou, dan salah satu kandungan yang serba sedikit menyentuh penceritaan tersebut adalah filem animasi Jujutsu Kaisen O.

Jika anda terlepas untuk menontonnya di pawagam pada awal tahun ini, Prime Video telah mula menawarkannya di perkhidmatan mereka. Ia juga menyertakan sari kata di dalam Bahasa Melayu, Indonesia ataupun Inggeris.

Jujutsu Kaisen 0 memfokuskan kepada Yuta Okkotsu semasa dia baru sahaja memasuki Jujutsu Hight dan berlaku sebeleum kejadian di dalam siri animasi.

Setakat ini, kami dapati hanya Prime Video sahaja menawarkannya, dengan Netflix dan Disney+ walaupun menawarkan siri animasi, tidak membawa filem ini.

Prime Video: Jujutsu Kaisen 0

Sohor Kini